F0029. PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYI’AH BAG.1

Oleh Sayeed Achmad
Daripada Zaid bin Wahb al-Juhani katanya: Apabila al-Hasan bin ‘Ali a.s. ditikam di al-Madain aku datang menemuinya dalam keadaan dia mengadu kesakitannya. Maka aku pun berkata kepadanya: “Apa pandanganmu wahai anak Rasulullah kerana sesungguhnya orang ramai dalam keadaan kebingungan (dengan apa yang berlaku)? Dia pun menjawab: “Demi Allah! Aku fikir Mu’awiyah lebih baik untukku daripada mereka-mereka ini. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah Syi’ahku tetapi mencari peluang untuk membunuhku, merampas barangan berhargaku dan mengambil hartaku. Demi Allah! Jikalau aku mengadakan perjanjian dengan Mu’awiyah, dia akan melindungi darahku dan aku merasa aman dengan (perlindungannya) terhadap keluargaku. Itu adalah lebih baik daripada mereka (Syi’ah) membunuhku lalu akan terabailah kaum keluargaku dan isteriku. Demi Allah! jikalau aku memerangi Mu’awiyah mereka akan menangkap aku sehingga mereka akan menyerahkanku kepadanya (Mu’awiyah) sebagai tawanan. Demi Allah! jika aku mengadakan perdamaian dengannya dan aku dalam keadaan mulia adalah lebih baik daripada dia membunuhku sebagai tawanan atau dia akan membantuku lalu ia menjadi ikutan kepada Bani Hasyim di akhir zaman. (Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 290)
Kesimpulan :
1. Ahlul Bait iaitu Sayyidina Hasan r.a. yang didakwa oleh Syi’ah sebagai imam kedua mereka tidak percaya terhadap golongan yang mendakwa sebagai pengikutnya iaitu golongan Syi’ah.
2. Sayyidina Hasan r.a. menyedari bahawa Syi’ah telah cuba untuk membunuhnya dan merampas segala hartanya.
3. Sayyidina Hasan r.a. juga menyedari bahawa Syi’ah hanyalah golongan pembelot yang hanya mendakwa sebagai pengikut setia sahaja.

Pos terkait