F0030. PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYI’AH BAGIAN 2

Oleh Sayeed Achmad
Syi’ah: Imam Maksum Menjadikan Laknat Kepada Sahabat Nabi S.A.W.
Sebagai Wirid Selepas Sembahyang. Daripada Husain bin Thuwair dan Abi Salamah as-Sarraj, kedua-duanya berkata: “Kami mendengar Abu Abdillah a.s. melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang perempuan iaitu si-fulan, si-fulan, si-fulan dan Mu’awiyah serta ia menyebut nama mereka dan si-fulanah, si-fulanah[1], Hindun dan Umm al-Hakam iaitu saudara perempuan Mu’awiyah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 342).
Kesimpulan :
1.Syi’ah mengatakan imam maksum di sisi mereka mengajarkan supaya melaknat sahabat-sahabat Nabi s.a.w. selepas setiap kali sembahyang.

2.Syi’ah bukan sekadar membenci, mengkafirkan dan melaknat sahabat-sahabat Nabi s.a.w. bahkan lebih dari itu menjadikan laknat kepada mereka sebagai amalan rutin harian.

Pos terkait