2255. MAKALAH : IMAM SYAFI’I SANG NASHIRUS SUNNAH (PENOLONG SUNNAH) YANG PAKAR ILMU KALAM

Oleh Kayla Anwar
Sebagian pihak seperti golongan al-Wahhabiyyah (yang mengaku diri mereka sebagai al-Salafiyyah – sedangkan al-Salafus-Salih berlepas daripada mereka – ) mereka mengklaim bahwa al-Imam al-Shafi^i menolak dan mencela ilmu kalam secara mutlak. Mereka mendatangkan beberapa perkataan al-Imam al-Shafi^i – dengan sangkaan mereka – yang menunjukkan penentangan dan penolakan beliau terhadap ilmu kalam tersebut. Di Antara kata-kata yang dianggap sebagai pendapat al-Imam al-Shafi^i ialah:
لأن يلقى الله العبدُ بكل ذنب ما عدا الشرك خير له من أن يلقاه بعلم الكلام:
“Bahwa pertemuan seorang hamba dengan Allah dengan setiap dosa yang selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia bertemu Allah dengan ilmu kalam”.Sebenarnya lafaz di atas tidak thabit dari al-Imam al-Shafi^i. Lafaz yang thabit dari beliau ialah sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir di dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari[1] :
لأن يلقى الله عزّ وجلّ العبدُ بكل ذنب ما خلا الشرك خير له من أن يلقاه بشىء من هذه الأهواء:
“Bahwa pertemuan seorang hamba dengan Allah azza wa-jall dengan setiap dosa yang selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia bertemu Allah dengan sesuatu yang muncul daripada hawa nafsu (al-ahwa’)”.
Kata-kata al-Imam al-Shafi^i yang diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir di atas menjelaskan pendirian yang sebenarnya dari al-Imam al-Shafi^i terhadap ilmu kalam. Sebenarnya perkara yang ditentang dan ditolak oleh al-Imam al-Shafi^i ialah ilmu kalam golongan al-Ahwa’ iaitu ilmu kalam golongan yang menyeleweng daripada ajaran Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah seperti golongan al-Mujassimah, al-Mu^tazilah, Jabbariyyah dan yang sebagainya. Adapun ilmu kalam golongan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah maka itu tidak ditentang dan tidak ditolak al-Imam al-Shafi^i.
Al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir menyatakan dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari[2]:
والكلامُ المذموم كلام أصحاب الأهوية وما يزخرفه أرباب البدع الـمُرْدية فأما الكلام الموافق للكتاب والسنة الموضح لحقائق الأصول عند ظهور الفتنة فهو محمود عند العلماء ومن يعلمه وقد كان الشافعي يحسنه ويفهمه وقد تكلم مع غير واحد ممن ابتدع وأقام الجحة عليه حتى انقطع:
“Dan perbahasan kalam yang dicela ialah perbahasan kalam golongan Ahwiyyah (pengikut hawa nafsu yang juga digelari sebagai Ahlul-Ahwa’) dan sesuatu yang dianggap baik oleh ahli bidaah yang menyeleweng. Adapun perbahasan kalam yang selaras dengan al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah yang menjelaskan hakikat-hakikat usul (tauhid) ketika munculnya fitnah (ketika berkeliarannya golongan sesat) maka ini suatu hal yang terpuji di menurut para ulama dan siapa yang mengetahuinya. Sesungguhnya al-Imam al-Shafi^i menguasai dengan baik dan memahami bahasan kalam ini, dan beliau juga membahas atau berbicara dengan ilmu kalam dengan seorang daripada golongan yang telah melakukan bidaah kalam dan beliau telah dapat mengalahkan hujah atas ahli bidaah tersebut sehingga putus”.
Al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Asma’ was-Sifat[3] perdebatan panjang yang berlaku di antara al-Imam al-Shafi^i dengan seorang yang berfahaman Mu^tazilah yang bernama Hafs al-Fard sehingga al-Imam al-Shafi^i dapat mematahkan hujah-hujah lawannya. Perdebatan ini jelas membuktikan bahawa al-Imam al-Shafi^i seorang yang mahir dan pakar dalam ilmu kalam.
Selain itu, al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi berkata dalam kitabnya Manaqib al-Shafi^i[4]bahawa beliau membaca suatu hikayat yang ada dalam kitab Abu Nu^aym al-Asbahani daripada al-Sahib ibn ^Abbad bahwa dia menyebut dalam kitabnya dengan isnad beliau daripada Ishaq bahawa dia (Ishaq) berkata: “Ayahku berkata kepadaku: “Pada suatu hari al-Shafi^i berbicara dalam ilmu kalam dengan sebagian fuqaha’ lalu beliau menghaluskannya dan menelitinya, bersungguh dan bersusah-payah dengan bahasannya. Lalu aku berkata kepada beliau: “Wahai Abu ^Abdullah! Ini adalah milik ahli kalam (mutakallimun) bukannnya milik ahli halal dan haram (fuqaha’). Lalu dia berkata:
أحكمنا ذاك قبل هذا:
“Kami telah menyempurnakan perkara itu (ilmu kalam) sebelum perkara ini (ilmu fiqh; hukum halal dan haram)”.
Ilmu kalam menurut Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah adalah salah satu nama di antara nama-nama yang merujuk kepada ilmu tauhid. Namun, sebagian pihak seperti golongan al-Wahhabiyyah coba2 membedakan ilmu kalam dengan ilmu tauhid tanpa sebab yang kuat. Mereka menuduh bahawa ilmu kalam Ahlus-Sunnah al-Ashairah dan al-Maturidiyyah ini mengajar falsafah yang berbelit-belit dan bukannya mengajar ilmu tauhid. Tuduhan seperti ini acap kali dikeluarkan oleh syaikh wahabi dalam banyak tulisan dan ucapannya dengan bertaqlid kepada pendapat beberapa orang tokoh kegemarannya tanpa hujah dan bukti yang kukuh.
Siapalah mereka syaikh wahabi yang mencela ilmu kalam al-Asha^irah jika dibandingkan dengan ketokohan dan keilmuan al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir dan al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi yang membela ilmu kalam Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah! inilah kerapuhan salafy yang mencela ilmu kalam.
_______________
[1] Ibn ^Asakir, Tabyin Kadhibil-Muftari, Dar al-Kitab al-^Arabi, Beirut, hlm. 337.[2] Ibid, hlm. 339.[3] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 252.[4] Al-Bayhaqi, Manaqib al-Shafi^i, Dar al-Nasr lit-Tiba^ah, Kaherah, juz. 1, hlm. 457.
LINK ASAL :

www.fb.com/khazanahpesantren/posts/10151277429022000

Pos terkait