F0031. PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYI’AH BAGIAN 3

Oleh Sayeed Achmad
Syi’ah: Abu Bakar Dan Umar Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia
Hannan daripada ayahnya daripada Abi Ja’far a.s. (Muhammad al-Baqir), katanya (perawi iaitu ayah Hannad): saya berkata kepadanya: “Apakah anak-anak Ya’kub itu adalah nabi-nabi? Beliau (Abu Ja’far) menjawab: “Tidak! Tetapi mereka adalah keturunan anak nabi-nabi. Mereka tidak meninggalkan dunia kecuali dalam keadaan bahagia, bertaubat dan mengingati apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya syaikhain (dua orang syaikh. Maksud syaikhain di dalam kitab-kitab Syi’ah ialah Abu Bakar dan Umar) telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak mengingati apa yang mereka berdua lakukan terhadap Amir al-Mukminin (Ali) a.s.. Maka la’nat Allah, malaikat dan sekalian manusia ditimpakan keatas mereka berdua”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 246).
Kesimpulan :
1.Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. telah melakukan kezaliman terhadap Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat di atas dosa tersebut.

2.Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. dila’nat oleh Allah, malaikat-malaikat dan sekalian manusia.

Pos terkait