F0032. PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYI’AH BAGIAN 4

Oleh Sayeed Achmad
Syi’ah: Kepercayaan Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama
Daripada Abi Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”.
Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam dibina di atas lima perkara, di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu al-Walayah ”. Daripada Ibn al-‘Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s. katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang, zakat dan al-Walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua asas lagi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 18).
Kesimpulan :
1.Rukun Islam Syi’ah berbeza dengan rukun Islam Ahl as-Sunnah Wa al-Jama’ah dan perbezaan pada rukun agama membawa kepada perbezaan dari segi akidah.
2.Syi’ah mengatakan Ahl as-Sunnah telah meninggalkan rukun Islam terpenting di sisi mereka iaitu al-Walayah dan hanya mengambil empat rukun sahaja.
3.Syi’ah telah menolak salah satu rukun Islam paling utama di sisi Ahl as-Sunnah iaitu mengucap dua kalimah syahadah.
4.Syi’ah mengatakan ibadat sembahyang dan zakat Ahl as-Sunnah dan ibadat-ibadat yang lain tidak sah kerana tidak disertakan dengan al-Walayah iaitu kepercayaan kepada dua belas imam sebagaimana pegangan Syi’ah[1].
——————-
[1] Dua belas imam Syi’ah itu ialah:
1. `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin `Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin `Ali (wafat 61 H)
4. `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)
6. Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)

12. Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H).

Pos terkait